Dukacita dimaklumkan bahawa satu kemalangan yang membabitkan 11 buah kereta dan sebuah lori telah berlaku di Persimpangan Jalan Pulau Lumut, Taman Alam Budiman - Persiaran Mokhtar Dahari pada petang Jumaat, 9 Oktober 2026.
Salah satu mangsa yang terlibat adalah sebuah keluarga yang tinggal di Alam Budiman. Mereka telah dikejarkan ke Hospital UiTM sejurus dikeluarkan dari kenderaan yang terlibat.
Kemaskini terkini pada 10 Oktober 2026 : Keadaan mereka dilaporkan stabil.
