3 Mei 2025 - Alhamdulillah, Jamuan Aidil Fitri TiEM 2025 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya dengan kehadiran lebih 300 orang warga TiEM. Ramai yang tidak dapat hadir kerana berada diluar kawasan memandangkan cuti panjang pada hujung minggu tersebut. Walaubagaimana pun acara tetap berjalan dengan meriah dengan kehadiran tetamu undangan iaitu Ustaz Hanafi selaku Iman SRF dan juga wakil AJK ABRA.
Majlis dimulakan tepat pada jam 9.00 malam dengan bacaan doa oleh Ustaz Hanafi dan disusuli dengan jamuan makan yang tersedia dihidangkan. AJK TiEM telah menyediakan Nasi Tomato dengan ayam masak merah, jelatah dan juga papadom serta air balang.
Majlis mendapat pelbagai sumbangan makanan dari setiap lorong sebagaimana berikut :
- Ice Cream (500 kon) - Penaja : Lorong 73B
- Buah & Rojak Buah - Penaja : Lorong 75A
- Apam Balik Crispy (300 keping) - Penaja : Lorong 75B
- Nasi Lemak (200 bungkus) - Penaja : Lorong 73
- Sate - Penaja : Lorong 74/74A
- Laksa (200 cup) - Penaja : Zaini TiEM
Sekitar jam 10.00 malam, hujan telah turun dengan lebatnya tanpa dijangka. Para hadirin berkumpul di dalam khemah sementara menunggu hujan berhenti dan majlis terus bersambung sehingga jam 11.00 malam.
Sebelum bersurai, jamuan diserikan dengan letupan bunga api yang disumbangkan oleh Sdr Sham sebagai menandakan majlis hampir ke penghujungnya.
AJK TiEM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga TiEM yang hadir dan memberi sokongan samada secara langsung ataupun tidak langsung. Terima kasih juga kepada AJK Sementara yang telah bertungkus lumus dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar, menarik serta menjadi kenangan kepada semua yang hadir.
Akhir kata, saya bagi pihak AJK TiEM dan AJK Sementara Jamuan Makan ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekurangan disepanjang majlis ini berlangsung dan berharap agar anda semua gembira disamping keluarga dan juga jiran-jiran tersayang.
InsyaAllah bertemu lagi pada tahun hadapan.
Azhar Aziz aka Qisan
Pengerusi TiEM
Lagi gambar DISINI